sambungan ke 3
kalau dah si lelaki hilang,kalau dah anak kita yg mengandung tu bawah umur,saya cadangkan buat report polis.biar si pelaku dan keluarga tak senang badan.undang2 negara kalau perempuan bawah umur,seks secara rela atau paksa,masih dianggap rogol.cuba fikirkan,kalau bercinta,kenapa dianggap rogol.sebab,mengikut ujian,remaja bawah umur masih lagi belum berfikir utk buat keputusan yg elok,dan masih di bawah jagaan.sebab tu pelaku,akan ditangkap dan sekiranya sabit kesalahan,ada penjara dan sebatan.tujuan buat report tu bukanlah sekadar hukuman.tapi sebagai amaran sekiranya pehak lelaki tu lari/taknak bertanggungjawab.report boleh ditarik balik.jadi kalau si lelaki nak selamat,mesti jumpa kita.boleh bg kahwin sebagai jalan penyelesaian.jangan fikir malu.benda sudah jadi.cuba selesaikan dengan cara yg paling baik.kalau gugurkan,fikir ttg akhirat,dosa pahala.nak tanggung?selesai bab kahwin,bg panduan cara nak menguruskan rumah tangga.itu kalau kahwin,kalau si lelaki lari/tak betanggungjawab,minta tuan2 dan puan2 jagalah anak.jangan biarkan dia rasa terumbang ambing.dia tak pandai berfikir,sebab tu boleh jadi macam tu.apatah lagi nak fikir ttg kandungan.cari cara terbaik.bg saya,cara terbaik,kita jagalah dia sampai kandungan selamat dilahirkan.itu adalah cara terbaik.kalau tuan2 dan puan2 fikirkan,bg saya lah.baik puan2 yg fikir sedalamnya,sebab kita lebih tahu.proses mengandung,melahirkan dan lepas beranak,bukan senang dan mudah.apatah lagi anak kita yg terlanjur tu masih muda remaja.memang malu,segan dengan orang sekeliling.tapi saya tengok sendiri jiran saya,anak melahirkan anak luar nikah.sebelum cucu keluar,kita malu dengan orang sekeliling.bila cucu dah keluar,dengan muka comel,gebu dan berisi,saya lihat jiran saya tu sebagai nenek bayi yg dilahirkan,sanggup berhenti kerja nak jaga cucu dia.tiada keluhan,perasaan malu semua dah hilang.jadi saya mintak tuan2 dan puan2,bertahanlah dan pertahankan kebahagiaan keluarga.yg berlaku dijadikan pengajaran."manusia yg bijak adalah manusia yg berfikir ttg kemungkinan paling teruk berlaku bg sesuatu keputusan,bukan berfikir melalui kelemahan".Assalamualaikum.-saya alu2kan sebarang komen/pendapat,semoga semua dapat pengajaran dan ilmu.terima kasih.
terlanjur
Sunday, 31 March 2013
sambungan---
selepas pukul,dah penat tangan,saya keluar.saya tenangkan diri,lepas tu saya balik.anak saya tu,senang saya bgtau nama ringkas la.mira.anak saya tu yg saya jaga dari kecik sampai ke besar,melutut minta ampun.anak tunggal saya tu.tapi saya dah diselimut oleh api kemarahan,menangis dalam hati ni bila dapat tahu anak yg saya tatang dari kecik,menconteng arang ke muka saya.saya tendang dia dan mulai hari tu,saya dan pasangan tidak lagi bercakap dgn mira.akhirnya selepas 2 minggu,mayat mira dijumpai oleh kami dalam bilik dengan nota catatan mohon ampun dari anak yg paling kami sayangi.bukan saya benci dia,bukan saya buang dia,cuma kemarahan tu buat saya rasa hampa,menyesal dan rasa bersalah dengan perbuatan dia.akhirnya,kami kehilangan mira disebabkan ego saya.rasa hampa tak lagi saya rasa masa tu.hanya rasa sunyi,pilu.rindu saya terhadap mira,hanya ALLAH yg tahu.andainya saya berpandukkan naluri seorang manusia.kesunyian yg saya lalui hari2 tanpa anak,membuatkan saya tahu,membuatkan saya sedar akan kesilapan saya.saa bukan tulis ni semata2 kerana kes itu sahaja.saya selalu dengar banyak bcara penerimaan ibu bapa,org sekeliling dan masyarakat tempatan kita.semuanya negatif.bayak yg hina,ibu bapa pun dihina.bg saya,cara tu salah.yg jadi tu jadi.kita jangan tambahkan salah dan dosa.mesti ada yg sedang membaca coretan ni berfikir sekarang "kalau hina atau marah tu salah,takkan nak sorak gembira pulak?".saya berterus terang,kita digalakkan menegur salah,tapi jangan sampai menghina,menyampaikan cerita yg kurang elok atau mengambil kesempatan dari kesalahan org lain.cukup sekadar mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yg kita tahu.banyak kes macam ni dan banyak penyudahnya.ada yg sanggup melarikan diri dari rumah.ada yg sembunyikan dari ibubapa,sedar2 beranak dalam tandas sekolah.ada yg gugurkan.ada yg buang anak kat tepi jalan.yg selalu kita dengar,kes buang anak.tu sebab masuk suratkhabar.yang kita tak tahu?cuba2 fikirkan...saya bukan orang bjak pandai nak bg ceramah atau panduan,saya tulis di sini sebagai memberi sokongan kepada yg memerlukan.bg saya,tindakan yg patut kita ambil,kita tegur,marah atau pukul sekalipun,anak kita.tapi selepas tu,bawak berbincang.tanya siapa bapa kandungan.kita buat jalan penyelesaian.kalau si bapa taknak bertanggungjawab atau lari,jangan lah kita suruh gugurkan.anak tu anugerah..yg tak semua orang dapat.yg dapat,kenalah bersyukur.
kesilapan
Salam,saya mulakan blog ni dengan ucapan terima kasih kepada arus kemodenan,sebenarnye tak pandai pun nak guna.ni dah tua baru belajar.segan la juga.tujuan saya ni sebenarnya hanya menjadi orang perantaraan antara manusia dgn manusia.sesiapa di sini yg membaca coretan saya ni,harap betulkanlah kalau ada salah silap.sebab sekarang dah banyak kes buang bayi,bunuh diri dan sebagainya...memanglah sebagai orang islam,maksiat tu kita kenalah marah,tegur dan sebagainya.tp yg saya nak tegur ni bukan yg tu,yg salah.yg salahnya adalah tindakan kita dan cara penerimaan.memang semua orang kalau dapat tahu anak/saudara perempuan terutamanya mengandung sebelum kahwin,mesti ada perasaan terkejut,sedih,marah,macam-macam perasaan.lepas tu mulalah pukul,marah,herdik,maki dan sebagainya akan dikeluarkan.bagus,saya sokong,pasal kita orang islam,zina itu haram.tapi,kita kenalah terima hakikat...yg telah jadi,tetap jadi.saya memang dah tua,jadi banyak cerita saya dah dengar dan ada pengalaman saya sendiri saya nak kongsi.kalau benda ni terjadi pada sekitar kita,sepatutnya selepas bagi hukuman,kita susuli dengan bantuan.jangan buat orang yg kita hukum tu fikir/rasa dia dibuang.jangan buat dia rasa takda orang yang sayang.bukanlah maksud saya galakkan dia.tapi,kita bg bantuan,bg panduan.lengkapkan iman dia tu.hindarkan apa yg dia salah dulu tu.ajar dia.jangan pulak suruh dia gugurkan.anak dalam kandungan tu tak salah.yg salah tu ibu yg kita pukul sebentar tadi tu.kalau kita bgtau dan tunjukkan cara gugurkan,lainkali dia akan ingat dalam hati dia,boleh buat cuma kena gugurkan.jangan fikir malu kita tuan2 dan puan2,saya bgtau ni.ingat dalam hati,jangan biar muka tutup pintu hati.ni ada beberapa sebab saya nak bgtau.1-terjadi pada saya sendiri.dah penat pukul,saya masih tak puas hati dengan anak saya tu.