Sunday, 31 March 2013

sambungan ke 3
kalau dah si lelaki hilang,kalau dah anak kita yg mengandung tu bawah umur,saya cadangkan buat report polis.biar si pelaku dan keluarga tak senang badan.undang2 negara kalau perempuan bawah umur,seks secara rela atau paksa,masih dianggap rogol.cuba fikirkan,kalau bercinta,kenapa dianggap rogol.sebab,mengikut ujian,remaja bawah umur masih lagi belum berfikir utk buat keputusan yg elok,dan masih di bawah jagaan.sebab tu pelaku,akan ditangkap dan sekiranya sabit kesalahan,ada penjara dan sebatan.tujuan buat report tu bukanlah sekadar hukuman.tapi sebagai amaran sekiranya pehak lelaki tu lari/taknak bertanggungjawab.report boleh ditarik balik.jadi kalau si lelaki nak selamat,mesti jumpa kita.boleh bg kahwin sebagai jalan penyelesaian.jangan fikir malu.benda sudah jadi.cuba selesaikan dengan cara yg paling baik.kalau gugurkan,fikir ttg akhirat,dosa pahala.nak tanggung?selesai bab kahwin,bg panduan cara nak menguruskan rumah tangga.itu kalau kahwin,kalau si lelaki lari/tak betanggungjawab,minta tuan2 dan puan2 jagalah anak.jangan biarkan dia  rasa terumbang ambing.dia tak pandai berfikir,sebab tu boleh jadi macam tu.apatah lagi nak fikir ttg kandungan.cari cara terbaik.bg saya,cara terbaik,kita jagalah dia sampai kandungan selamat dilahirkan.itu adalah cara terbaik.kalau tuan2 dan puan2 fikirkan,bg saya lah.baik puan2 yg fikir sedalamnya,sebab kita lebih tahu.proses mengandung,melahirkan dan lepas beranak,bukan senang dan mudah.apatah lagi anak kita yg terlanjur tu masih muda remaja.memang malu,segan dengan orang sekeliling.tapi saya tengok sendiri jiran saya,anak melahirkan anak luar nikah.sebelum cucu keluar,kita malu dengan orang sekeliling.bila cucu dah keluar,dengan muka comel,gebu dan berisi,saya lihat jiran saya tu sebagai nenek bayi yg dilahirkan,sanggup berhenti kerja nak jaga cucu dia.tiada keluhan,perasaan malu semua dah hilang.jadi saya mintak tuan2 dan puan2,bertahanlah dan pertahankan kebahagiaan keluarga.yg   berlaku dijadikan pengajaran."manusia yg bijak adalah manusia yg berfikir ttg kemungkinan paling teruk berlaku bg sesuatu keputusan,bukan berfikir melalui kelemahan".Assalamualaikum.-saya alu2kan sebarang komen/pendapat,semoga semua dapat pengajaran dan ilmu.terima kasih.

No comments:

Post a Comment